Tuesday, June 21, 2011

Jangan hilang kawalan



     Hello. Sebagai manusia yang selalu lupa nak menghargai masa, aku baru sedar masa cepat berlalu bila aku menaip entri ni. Dah nak dekat Ramadhan dah kan, boleh lah ganti mana yang patut. Okay, yang tu aku ingatkan diri sendiri je sebenarnya.

     Tak ada apa-apa pun yang aku nak tulis sebenarnya. Just duduk melepak je ni, sambil-sambil fikir. Aku kenal ramai sangat orang yang 'incredible' selama ni. Aku admire diorang in different aspects. So, every time aku rasa aku dah tak berapa nak kuat semangat ke apa, aku akan bandingkan diri aku dengan diorang. How I am way fortunate dengan life aku yang serba serbi lengkap walaupun aku jarang nampak semua tu. Perlu untuk muhasabah diri sendiri.Jangan terlalu fokus dengan apa yang kurang sampai kau lupa apa yang ada depan mata.

     Satu pesanan yang aku akan selalu ingat, 'Jangan Hilang Kawalan'. Kawalan tu banyak maksud dia. Makan pun kawalan, marah, sedih, gelak. Semua benda dalam hidup ni perlu kawalan kan? So, jangan sampai hilang kawalan tu. Setakat ada masalah sikit, kau hilang kawalan. Itu yang banyak akibat buruk dia kalau kita lupa kawal diri. Ada yang pergi minum arak, amek dadah, terjun bangunan, menjaja cerita. Semua tu banyak buruk dari baik.

     Punca dia 'hati' kita. Jangan buat sesuatu yang terlampau ikut hati, tak lalu otak dulu. Kalau semua benda kau tanya hati, banglo 4.9juta pun kau nak beli, hati tak rasional, hati tu instinct. Muhasabah diri dengan fikiran, turn to the ONE yang tak pernah kecewakan kau seumur hidup kau. ALLAH sayang kita semua. Tak kurang tak lebih antara satu dengan yang lain. Dalam hidup, kita ada banyak pilihan, pilih untuk tak hilang kawalan dalam hidup yang cuma sekali ini je okay.

Stand on your on feet and make wise decisions. It's your life after all, don't give up upon it.

No comments: