Siapa yang Iqamatkan dan Azankan kau waktu kau lahir?
Siapa yang basuh serta tanamkan uri yang jadi peneman kau sembilan bulan?
Siapa yang mandikan kau masa tulang kau masih lembut?
Siapa yang belikan baju-baju cantik untuk kau?
Siapa yang bawa rezeki balik supaya kau selalu kenyang?
Siapa yang hantar kau hari pertama kau mahu belajar?
Siapa yang angkat kau masuk bilik bila kau buat-buat tidur depan tivi?
Siapa yang cukup gembira bila kau berjaya?
Dia mahu yang terbaik buat kau
Dia mahu kau jangan salah pilih jalan
Dia mahu kau berjaya dalam hidup
Dia mahu kau ada keluarga yang bahagia
Dia mahu lihat kau selalu gembira dan ketawa
Tak salah kalau kau bawa dia tengok dunia
Tak salah kau bercerita dengan dia
Tak salah kau beri dia kesenangan
Tak salah kau luangkan waktu
Tak salah kau cium dahinya
Tak pernah salah untuk kau kata kau sayang dia
Kita manusia leka, sedar bila semuanya bukan depan mata kita lagi
Ajal maut bukan kita yang tentukan.
Masa bukan boleh kita ulang.
Sementara masih ada waktu dan peluang, gunakan.
Semoga kau boleh mencontohinya bila tiba masa kau nanti.
Sememangnya dia bukan lelaki biasa dalam hidup aku,
Selamat Hari Bapa, Ayah.
No comments:
Post a Comment