Thursday, October 20, 2011

Sesuatu yang lebih suci dari sepasang kain putih


      Hi. Selamat hari khamis! Aku memang ada masalah kalau orang share something kat fb. Especially kalau gambar yang ngeri. Minggu ni, gambar baby yang dikelar budak umur 16tahun tu. Emmm. Bukan tak kesian. Tapi semua pun kena tahu yang kesian pun tak kan undurkan balik masa dan bagi nyawa untuk baby tu kan? Aku setuju dengan sesetengah pihak yang seharusnya letak gambar pelaku kesalahan tu besar-besar, bukan gambar baby tu. Memang kes buang bayi, bunuh baby ni semua dah jadi suapan biasa kat media kita. Jangan hairan kalau esok lusa jumpa mayat tepi longkang rumah and no one even cares. 

     Violence is everywhere. Selalu terjumpa budak-budak sekolah yang ada cita-cita nak jadi gangster. Biadap dengan guru, mak bapak. Rasa nak tangankan je. Macam mana cikgu nak didik kalau kau pun degil Nauzubillah? Kurang ajar? Zaman aku sekolah pun ramai yang nakal, tapi budak-budak sekarang emmmm jahat kot. Maybe banyak terpengaruh. Sekarang, semua ada kat internet. Tak semua yang di internet itu elok, dan tak semua yang bukak internet itu ada otak. Kes buli? Kes main judi? Kes 3gp? errk?

     Lagi satu, semenjak jadi 'job seeker' *eceh! kawan aku yang tak bagi guna perkataan pengangur, negetif katanya* ni, aku selalu tengok sinetron lah. most of cerita tu, pasti ada anak luar nikah atau bahasa tak kasarnya termengandung sebelum ada suami. Kan? Ke aku punya perasaan je? Macam jadi trend yang mengandung luar nikah tu tak salah di mata masyarakat. Ye, dia tak bunuh anak dia dan besarkan anak dia, tapi tetap bukan satu contoh yang baik. Pandangan aku lah.

    Bukanlah maksud entri ni nak poyo or bajet baek, aku tak lah baek mana, kalau baek, aku dah masuk Ustazah Pilihan dah. Tapi cukup untuk kesedaran kita. Bukan makna kau bagi anak kau pergi sekolah, kau nak suruh cikgu-cikgu bentuk akhlak anak kau. Sebenarnya, dari kecik patutnya kau terapkan nilai-nilai yang baik, biar nanti makin dia membesar, dia tak terpengaruh dengan unsur-unsur yang tak baik ni. Kau nak anak kau jadi orang yang baek, you have to be one first. Stesyen tivi pun sepatutnya lebih selective dengan cerita dan program yang diorang siarkan. Cerita-cerita yang maen kat wayang tu, jangan la yang tidak-tidak sangat. Susahnya nak besarkan anak zaman sekarang, ish... Takut pulak. Amboiii!



Pasti nak anak cucu yang comel gini kan.

    Akhir kata,siapa yang tepek gamba ngeri-ngeri orang takde kepala lah, xde kali lah, terburai jantung lah kat wall aku, siaplah anda! huehue.

2 comments:

Illiana Hidayah said...

kanak2 ini sungguh comel~tibe2 rs nak anak~! ahahaaha...

Ayue Yusoff said...

kan kan kan kan! :D