Friday, October 14, 2011

Jangan sampai sakit


      Hello sun-riser! Selamat hari Jumaat. Hows your week? Sekejap je kan dah weekend. Emm, minggu ni ada sakit-sakit? Kalau takada, Alhamdulillah. Selagi sihat ni, boleh lah jaga kesihatan. Tak banyak, sikit pun jadi. Atleast make effort. Kemas rumah pun effort, sapu sampah, naek tangga, makan supplement apetah lagi. Tu effort untuk orang yang kadar kemalasanya sedikit tinggi dari rajin, serupa aku. 

     Semalam, anak kawan mama didiagnosis ada Thalassemia. Emm, jangan amek mudah semua benda ye. I am no expert when it comes to medical terms and solution ni, tapi kalau boleh, sebelum kawen tu, pergi check-up for thalassemia okay. Kesian anak nanti. Serius. Info pasal ni ada dalam google ni, search je kay, benefits you. Okay yang kelakarnya, mama. "Kesian anak kawan mama tu, Asek masuk hospital tukar darah je kak. Sakit Tasmania." Emm, mama memang banyak tengok cartoon.

       Kalau tak boleh nak berhenti merokok, kurangkan. Perokok sendiri tau yang dia sedang menjahanamkan diri mereka sendiri, let alone orang disekeliling. Siapa yang tak merokok, tapi duduk disekeliling orang yang merokok, boleh di klasifikasikan sebagai perokok pasif tau. Sebab dia dikira meyedut asap rokok sama. Kalau nak merokok tu, jauh-jauh sikit dari orang, especially perempuan mengandung ye. 

      Selesema, batuk, demam, sakit kronik, semua aturan Allah. Tapi selagi kita boleh cegah, kita usaha. Kurangkan makan makanan yang tak berfaedah untuk diri *ingatkan diri sendiri*. Kita yang sihat ni, amek tauladan mereka yang kurang bernaseb baek. Bantu seadanya kita mampu. Harini kita sihat, esok lusa siapa tahu. Take care okay. :)


Yang ni takda kena mengena dengan sihat, suka lagu Malique ft Jamal Abdillah, Aku maafkan kamu. Nice one.
mereka tidak fasih malah fasik guna kata
kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

maafkan mereka, mereka tiada nilai

ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

2 comments:

Anonymous said...

eh comel pulak mama u nih. heheh

Ayue Yusoff said...

biase lettew.