Hello people. Tinggal berapa hari je lagi Ramadhan nak berlalu. Sobs! Ramdahan datang sayu, nak pergi ni lagi sayu. Dalam bulan Ramadhan ni, family kaklong tak pernah lupa buat majlis iftar dengan anak-anak yang kurang bernasib baik, anak-anak Rumah Darul Aminan. Semoga Allah melimpahkan rezeki buat kamu semua. Terasa sebak jugak kalau mengenang nasib mereka.
Muda-muda lagi adik adik tu telah Allah duga, tanda Allah sayang. Tak pernah terfikir pun dalam otak aku ini, apa yang akan jadi pada aku adik beradik kalau Ayah dan Mama pergi tinggalkan kami. Sememangnya aku tamak sebab aku masih perlu kedua ibu bapa aku dalam kehidupan aku. Diri selalu rasa tak lengkap tanpa mereka. Janji Allah, setiap yang hidup pasti akan mati. Aku cuma berharap, bila tiba masa aku diuji nanti, aku akan lebih tabah. Aku tak mahu jadi anak yang menderhaka kepada mama ayah, aku jugak tak mahu menyesal di atas perbuatan aku yang pernah menyakitkan hati mereka.
Me being me, aku bukan lah anak paling solehah yang mama dan ayah ada, tapi aku tau seadanya aku buat mereka gembira. Ya, mungkin aku selalu lembap kalau di minta tolong. Mungkin aku melawan kata mereka ketika aku masih muda. Mungkin aku malas itu dan ini. *eh bukan mengkin, tapi memang ya*. Aku paling suka buat diorang rimas dengan aku kalau aku ada dalam rumah. Tahap annoying gila, tanya-tanya kalau tengah tengok tivi, jerit-jerit panggil adik-adik. Cium-cium diorang bila aku baru bangun tidur and belom gosok gigi. Itu memang perangai aku. Aku pun berharap kalau aku cuma sekejap dengan mereka, mereka akan ingat yang baik-baik tentang aku.
Dalam suasana sibuk mahu menyambut hari raya, terbayang aku perasaan anak-anak yatim piatu. Sedihnya pagi hari tak dapat salam serta cium ayah ibu sebaliknya hanya dapat menziarah pusara orang tersayang. SubhanaAllah. Sementara kau dan aku masih ada ibu bapa di dunia, selalu leka. Sibuk dengan pakwe makwe, kau lupa nak jengah mak ayah masa hujung minggu. Sibuk bershopping hujung bulan, lupa mahu bawak ibu ayah keluar makan. Memang tak pernah mengungkit, tapi hati mereka siapa tahu. Biaq pi makwe pakwe hang melalak bergantang pasai hang, tapi jangan sesekali biar ibu ayah menitiskan air mata disebabkan perilaku kau yang menguriskan hati mereka. Aku mahu ingatkan diri sendiri juga.
Dalam sibuk mahu bersedondon pakaian dengan yang tersayang, jangan lupa belikan ibu ayah. Aku masih pengangur, aku cuba dapat meringankan mama ayah dengan mengemas dan memasak je *ado?*. Tapi tak pernah sekali aku dengar ayah mama mengeluh, mereka senyum suka sebab anak-anak ada depan mata. Semoga aku tak lalai dengan tangungjawab aku kepada mereka. Tadi cerita tentang fitrah dengan ayah, aku tanya, kalau akak dah keje, akak nak bayakan boleh yah? Ayah dengan steady serta cool jawap, selagi akak masih tanggungan ayah, selagi ayah belom serahkan akak pada siapa-siapa, ayah yang bayarkan. Sayu hati rasa. Hmmmm. Akak belom nak ayah serahkan akak dekat siapa-siapa pun lagi yah. Jadi anak pun belum cukup sempurna, ni kan mahu jadi isteri orang.
Kau yang duduk jauh dari mak ayah, rajin-rajin lah telefon tanya apa yang dibuat mereka. Tak buang masa pun, lagi dapat pahala ada. Musim-musim raya ni, semua cuti nak beraya dengan keluarga. Kalau keluarga jauh, drive hati-hati. Ayah mak risau selagi kau tak selamat sampai depan mata. Tak kira kau dah besar mana, dah anak berapa, hati mereka tetap risau. Jadinya, jangan lah kau jadi setan atas jalan ye. Beringat, bukan kau seorang saja mahu cepat sampai rumah dan selamat, kan? Lagipun, ada ops sikap kan? Just hati-hati. Okay. It'll bring no harm just by being extra cautious. *background, lagu Kepulangan yang dinanti*
So, take good care of your parents while you still have the chance. Always remember that mommy and daddy loves you. Please be grateful if you still have your beloved parents. And for the misfortunes, there are lots of people that care for you.
Mari menyambut Lailatul Qadar', dan Selamat Berpuasa! (;
5 comments:
Terima kasih atas doamu adikku..hehehe..(Jgn sedey2 lagi ye..anak buah rindu angah yg dulu)
Setiap perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan kakak ku. Angah berada dalam keadaan sedikit serabai serta sedikit negatif. Iolls akan kembali bersiaran normal. InsyaAllah. ;p
yeahh...same with me..syukur masih punya umi abah..semoga mereka dipanjangkan umur dan berada dalam limpahan kasih sayangNYA
Alhamdulillah yana. (: Jangan lalai dengan tangungjawab kita sebagai anak. *pesan diri sendiri*
awhhhhhh......(:
Post a Comment