Saturday, July 02, 2011

Sorry, which way to your heart again.



     Hello. Had a super busy week. Macam biasa, badan tak larat, makan tak selera, bakal mendapat konklusi seperti demam. Ekceli bukan aku yang super super bizi, aku pembantu je. Pembantu pun rasa flat kot! Seriusnya, aku sangat-sangat bersyukur semua dah berakhir dengan baik. Alhamdulillah. Yelah, setelah semua usaha yang terdaya dah diusahakan, kita cuma harap yang terbaik. Cuma satu je, kita ni manusia, kena beringat. Bila senang jangan perlekeh orang yang dalam kesusahan. Masa kita susah nanti kalau kena, pasti terduduk. Beringat. Sedara atau bukan, ini cermin perilaku diri sendiri. Saling beringat lah ye.

     Pejam celik, sekejap je tempoh tiga tahun. Rasa baru sekejap je. Bergurau senda sama-sama, masak sama -sama, tengok sinetron sama-sama, menyanyi sama-sama. Macam-macam lagi. Semuanya aku tetap akan ingat. Kebaikan dan kasih sayang orang yang rapat dengan kita, pasti kita ingat sampai bila-bila. Kerana tak ada pertalian darah, kami semua relakan dia pergi. Bukan aku aje, tapi kami semua terasa bila dia tak ada. Terutama aku. Siapa nak leraikan aku kalau bergaduh dengan Nurul? Dia selalu nasihatkan aku, aku anggap dia serupa emak kat Shah Alam. Bukan sebab demam Siti tak hantar Kak Ana kat airport, Siti taknak Kak Ana sedih. Siti sms je, tapi dua tiga kali Kak Ana call, meleleh jugak lah airmata ni. Baby tengok pun senyap je. Semoga semuanya baik-baik kat sana. Semoga anak-anak akan lebih menyanyangi dan menghargai Kak Ana. Belajar betul-betul, mak korang dah berusia, biar dia pulak rehat. Kami semua sayang Kak Ana. 

"Ya Siti. Kak Ana takkan lupakan kalian,
krna Kak Ana sudah anggap kalian semua seperti 
anak-anak Kak Ana sendiri." - Rohana. 

     She will be missed dearly by us. Kita doakan yang terbaik, kesihatan yang bagus untuk kak Ana okay semua orang. Aku tulis ni sebab anak dia ada dalam friendlist FB aku. Hargai emak tu.


      And lastly, kesian baby tahun ni semua kucar kacir ye. Tak apelah. Semua orang serabut. Kakak dah besar dah hari ni. Kakak umur dah Tiga tahun sayang. Baru tiga tahun macam-macam dah dugaan. Cepatlah matang anak buah angah ni. Tak mau nakal-nakal tau. Nanti pergi school, dah ramai kawan taklah angah risau sangat. Happy Birthday my lil princess. Love you till bits!Semua yang jadi ada hikmah nya. Kita doakan semua baik-baik je ye.

No comments: