Saturday, May 07, 2011

Hari ahad minggu ke-pertama di bulan May


     Hi people. For sure ramai yang tengah rehat-rehat je kan? Yang ada exam, jangan lupa setadi okay. Esok, hari ahad minggu ke-pertama di bulan May is Hari Ibu. Bukan hari TAAT kepada Ibu ye kawan-kawan, setiap detik kau patut taat pada Ibu & ayah kau, itu tangungjawab kau sebagai anak. Esok hari kau bagi appreciation kat orang yang mengandungkan kau, melahirkan kau, menjaga kau, yang bagi makan ikut selera tekak kau, melayan kerenah buruk baik kau, orang yang kau berhutang dunia akhirat.

    Hari-hari pun kau boleh buat jadi hari ibu, tapi aku tau ada yang malas. Sebagai anak yang berada jauh diperantauan *3jam lebih je kot!*, yang sedang menghadapi peperiksaan, aku tetap akan meng-wish mama. Aku jarang-jarang ada kat rumah, 1 yang aku buat tiap-tiap hari, aku suka cium mama and ayah. Selalu terfikir macamana diorang tahan dengan kerenah anak yang pelbagai, selalunya aku terfikir tu sekejap je, lepas mengadap tivi, lupa terus *sigh*

    My mom is the most awesome, masak sedap, suka menangis tengok cerita hindustan, selalu ingat anak-anak, rajin bekerja, garang, penyayang, rajin dan macam-macam lagi. Eh lupa lak nak mention, mama kata aku dah boleh kawen kot! *say whatt?* Awesome gilak! Tapi no no, tak mungkin aku akan nikah seawal ini, I have quite a few things yang aku nak capai dulu *straight face*, unless mama and ayah insist! LOLs. One thing you should know ma, there's no man that can love me as much as you do, there's no man that can makes me happy and smile as I am with you.

    Ma, nanti akak dah kerja, kita pergi cuti-cuti ye. Nanti kita pergi shopping sesama ye, akak ganti balik masa mama ikut akak pergi shopping sampai mama tak larat nak jalan dah tu, tapi barang yang akak carik tak jumpa pun. Sorry ma. Nanti bila akak dah makin rajin, akak selalu masak lagi ye ma. Akak berusaha sedaya upaya nak jadi rajin ni ma. Ma, thanks for supporting me, akak selalu buat salah dalam hidup ni ma, terima kasih sebab selalu terima buruk akak. Kadang-kadang akak suka je menangis tak bersebab kat riba mama, selalu mintak mama urutkan kepala ni, selalu mintak mama suapkan akak makan. Akak tak terbalas jasa mama and ayah besarkan akak, bagi cukup pakai, berlebih makan, bagi pendidikan even kengkadang akak berperangai macam orang yang berpendididkan pun ma. LOLs. Ma, maceh sebab jaga akak masa akak demam, selalu masak kan udang masak merah untuk akak, selalu pergi beli ikan keli bakar, and selalu pergi beli laksam and putu piring tiap hari sabtu ma. Akak sayangggggggg mama sangat-sangat tau.

    Mama selalu ingat kegemaran anak-anak dia. Empat orang yang tak pernah sama. Naluri ibu tu selalu dapat rasa susah senang anak dia. Waktu demam, susah hati, MESTI mama tahu. 'Mama tau lah anak mama'. Akak harap satu hari nanti bila akak jadi Ibu, akak boleh sekuat dan sesempurna mama. My mom is the strongest person that i've ever known. I love you ma!

    Kalau entri nak cerita pasal cerita wayang ke, pasal pakwe, pasal makan, semua boleh tulis, sekali sekali tulis pasal Ibu sendiri jadi sayu pulak. Ma, susah akak tak mungkin akak nak tunjuk ma, senang kita sama kongsi ye ma. Akak rindu nak balik ma, rindu nak cium tangan mama, cium pipi mama. Selagi akak boleh berjasa, akak akan pastikan kita sekeluarga bahagia ma. Akak tak nak menyesal hujung hari. Akak ni nak nangis masa menaip ni ma *tarik nafas*, akak bangga jadi anak mama, ye kita hidup sederhana, tapi cukup bahagia. Akak bersyukur akak dah dididik dengan sikap tangungjawab yang mama and ayah ajar dari dulu. Tak terucap betapa bersyukurnya akak ma. Mama baca jangan sedih-sedih pulak tau. Tak lama lagi akak balik ye.

    Akak rindu. Okaylah, sedih ni tau menaip ni. Akak nak study kejap lagi. Tapi akak kena buat air milo dulu kang lapaq. LOLs. Akak sayanggggggg mama sangat tau!  LOVE YOU MAMA. Happy mother's day mama. ((; *hugs!*

No comments: