Friday, May 27, 2011

Demam untuk dunia baru



     Selamat pagi jumaat. Rasa janggal. Rasa sebal. Semua sebab aku yakin hidup tak akan sama seperti dulu. Tak ada lagi cahaya matahari yang kejutkan pagi hari. Tak ada lagi ruang untuk memontengkan diri dari class. Tak ada lagi suara paisey hantar esemen lewat. Tak ada lagi cafe lalat, ikan keli bakar, abc terbaek, char ketiaw mcm ginih. 

     Semua langkah untuk hidup baru. Selamat lah buat yang dah tak lagi register semester July nanti. Semua dah tukar tittle, 'pencari pekerjaan tegar'. Semoga Allah memberkati. Aku selalu demam untuk meng-adopt situasi baru, makanya, aku demam ini hari. Mana tak, kalau kat MIMET, sekarang aku mandi peluh, kat rumah, sejuk. 

     Otak beku nak berfikir nak menulis. Aku nak pergi up-date resume. Mari menjalani kehidupan baru. Mulakan langkah anda dengan senyuman dan semangat.

Berapa banyak huruf 'S' dalam entri aku? Ye, jangan lupa potong kuku. Happy Friday people! ((;

No comments: