Hi people. Aku tak sure if aku sorang je ke ada masalah ni. Selalunya aku and bestie akan gelak-gelak bengang dengan issue yang tiba-tiba pop-up nih. Bukan isu yang tak sesuai untuk tatapan umum kay! Pasal behavior orang bila bagi mesej *SMS* or update status kat FB.
Tang SMS tu, ye. Memang lah patut short pun. Tapi budak-budak zaman sekarang, urgh! Kamonlah adik adik. Susah la nak paham kalau kalu bagi SMS perkataan yang ada tiga suku kata, kau jadikan satu bunyik je. Urgh sekali lagik!
'Da li mam ke? Kat kol dew nyak je ke? Aku malas kud! Jakgi na kua an BF a.'
Oi oi! Oi skali lagi. Ape ni? Ni ape? Ape punya shortform weh! Kot ye pun nak nampak cool, sila la jangan type SMS gini tau. Susah lah warga-warga remaja jubli emas macam aku ni nak paham. Ni kalau adik-adik lelaki aku bagi mesej macam ni, jangan harap aku nak reply. Kot aku reply pun, mungkin berbunyik begini 'Please try again later, I can't read bahasa orang cacat.!' Baru nampak macho depan adik-adik lelaki aku kan. Bhaha! Okay stop.
Still la aku menyampah la dengan short form gini. Adoi! 'Kot-kud. Dengan-an. Budak-boodurck!*paling sakit hati!*.' Banyak lagi kot example yang laen. Aku tak la kate aku tak pakai shortform. Tapi yang masih boleh dibaca oleh both my parents kot. Yang eja melampau-melampau pun pelik jugak. Perkataan 'Budak' dah senang dan mudah untuk dibaca, nak ganti dengan 'dak' masih boleh diterima pakai. Ni kau gatal nak bagi bunyik omputih nape? Kau mesej ngan John Banks ke? Siyesly, Boo-darck? Urghh! Ada yang tulis 'kau' bukan dengan 'ko' nor 'ngko' lagi, ganti dengan 'kao'? Like whaaaattttt!!! Pernah beli sabuh basuh baju 'Kao-Attack' tak? Tsk Tsk.
Diorang nak menaip satu hal, nak pikir ejaan yang konon kool, then bagi orang lain 10minutes nak bace then paham kan apa yang cuba disampaikan. Ape kau ingat nak suai padan kan perkataan ni senang ke? Nak meng-differentiate ape yang nak disampai kan kemain payah. Pfttt. Ni mungkin salah satu sebab punca ramai yang tak dapat A1 BM masa SPM la ni. Sekarang tak payah main mesej dengan budak-budak ni, tak paham, call je senang, kalau dia bercakap pun nak guna slang SMS, kau videocall then buat muka ketat. Senang cerita.
Slang pelat 'w and c' mungkin dah tak berapa nak up sekarang. 'Cayang, cume, caye, cepak, = cayang, caye cume na cewpok n cepak jew kalo cakap ceni.' 'Sawyanw dawlawm kewlas kew? rinduww leww!' And mintak kena tangan lettew sengsorang. Kamu tak nampak manje or shomel pun kalau menaip camtu. Nampak serupa spastik je okay.
Yang paling tak boleh nak tolerate is................
'u, I nAk PegI CafE lAlaT la, LaPa cYg. Na kIrIm Mam KeW?'
Oi Oi Oi Oi Oi *lima kali oi tanda menyampah meluat dan sebagainya*. Kalau kena dia nak update status kat FB dengan ayat panjang tiga setengah line. Kau pikir berapa kali 'Shift' dia tekan? Aku yang bace pun kenkadang kena ulang sampai 5 kali. Distracted gila.
'HaRi nI aKu BewnGanG giLeW! KejE bAwNyaK, Nak PeGi UlaNg-uLanG. ApA kaU iNgaT aKu RowBowT-c0p KeW! BenGanG mInTaK ChO0PinG K!cK Lew Kau b0dOw!'
Lepas bace macam nak hantuk-hantuk jari dia kat keyboard. Kalau boleh umpil shift and Caps button dia kan syiok. Aku tak berapa nak suka orang bagi SMS kat aku dengan men-toogle kan huruf-huruf ni. Rasa nak delete je bila dapat, tak larat nak baca. Kau PM kat Fb ke, DM kat twitter ke, toksah toogle sangat ye. Rimas. Masa bace tulah rase bulu mata makin panjang.
Makin maju dunia, makin banyak benda yang kita tak paham. Too advance maybe. Tapi kalau tulisan macam tu, jangan kata advance, tu MENGADA! Sekian Terima Kaseeeeeyyyyyy!
No comments:
Post a Comment