Hi.. Hows sunday? Aku mushkil a *betul ke eja tu?*. Sekarang musim durian ke apa ye? Suka ye makan durian? Tsk tsk. Aku mase kecik-kecik dulu, SUKA sangat makan durian. Mula-mula pindah tu, keje asek kejar durian gugur je. Siap arwah atuk suruh pakai helmet lagi, takut durian guguq kena kepala. Makin besar, aku dengan durian makin tak serasi.
Sekarang aku tak makan pun durian. Kenapa aku cerita apasal durian ni? Sebab aku agak tensi dengan bau durian for the moment. Fyi, aku memang jenis terperuk kat bilik je, so bila ada bau yang tak manis dipandang hidung, aku resah gelisah marah mak esah. Aku tak pernah larang or tegah orang lain makan durian pun even aku tak gemar. Tapi ekceli aku penah tegur bestie, dia bawak tempoyak and asked her to kept that tempoyak in her locker. Memang masa tu aku tak tahan bau dia. And little that i know, tempoyak tu tak boleh terlalu panas or terkedap*is it?*, and akhirnya meletup dari bekasnya in her locker. Gila bau locker dia. Sorry u! Tak cengaje! *innocent*
Kenapa bilik aku bau durian sedangkan aku tak makan durian pun? Sebab ada yang baik budi telah membeli durian dan meletak kan nye diluar bilik mereka. Okay. Malang naseb aku, it hapen to be my jiran. Aku tak lah marah. Aku just tak tahan bau dia.Kena pulak hari ahad, makcik-makcik cleaner mane datang kerja. So, I have to live and bear with the bau-ness lah for the rest of the day.
#futurehusband, aku harap kau tak lah rajin makan durian ye. Kalau tak makan pun lagi bagus. And if kau makan, please jangan main kentut-kentut when I am around, sebab aku boleh muntah hijau. Okay #futurehusband.
Janganlah kata orang tak makan durian ni pelik. Uish, jahat bebenor kamu! Adalah sebab dia tak suka makan. Tak tahan bau ke, elergik ke, hape ke. Toksah kabo kami alien okeh! Gud gals! *hugs*
Lagi satu kerje hari ahad aku, dari tadi dok pukul lalat je. Yakeks tau! Maybe sebab sampah menimbun, lalat makin banyak. Rimas do! Tiap petang aku akan dengar bestie mengahalau lalat balik rumah, 'Hah, dah petang nih, bawak-bawaklah balik rumah kau.' Cute kan dia. Mula-mula aku terkezut jugak, tapi sekarang, hari-hari aku mintak dia halau lalat tu. Kalau manusia jadi lalat puleee? Sendiri mau ingat bebeh!
Beside durians, aku makan je buah-buah yang lain except, buah mata kucing,durian belanda tu. *Erghh!* Sila makan buah-buahan tempatan okay, jangan nak makan apricot je pulak! Makan buah baik untuk kesihatan. Makan durian, panaskan badan lantas mencemarkan udara. Sekian Terima Kasih.
Happy Sundays peeps!
No comments:
Post a Comment