Sunday, March 13, 2011

Si Pencuri Makanan


Happy Sundays sayangss! Due to tidur lambat malam semalam, bagun je terus pergi mandi. Hebatkan? Kalau tak tu aku belengah-lengah lagi atas katil nih. Dah mandi sure la lapar kan? Kat hostel nih ade junior aku yang suka jual buah pagi-pagi. Sebelum kepatahan kaki, aku tak pernah pun beli kat dia *berlagak gila!*, nak beli kat kedai buah je. Hamek kau, bila kaki takde, asal jual je kau sebat. Bhahaha! Manusia manusia. Setelah Enam tahun aku duduk sini, aku memang dah perati dah scene mencuri nih. Kesian jugak kadang-kadang aku tengok budak-budak yang niaga tinggal barang jualan kat koridor tu. Nak harap orang datang beli kat bilik, sure ramai yang malas, segan lah hape. Cian, dia jugak yang tak asyuk. Aku rasa sales strategy depa nih dah kena lah, tinggalkan barang tu then siapa beli, bayar di bekas yang disediakan. Simple kan? Arahan simple macam nih, budak-budak kindergarten pun boleh digest and buat.
            Manusia nih memang macam-macam ragam. Aku rasa lah, yang paling muda kat hostel nih sure umur 17 *sebab kelas lompat*, mungkin lah. Siap ada 2-digit dah umur tu. Yang tua, usah kabo lah. Dah boleh pikir dah semasing. Kita zaman sekolah-sekolah dulu ada belajar kan, yang kalau makan makanan hasil curi, adalah haram. Adik, apa yang kau makan tu, jadik darah daging kau, bukan kau terus pi toilet lepas kau makan pun. Apa yang kau makan tu, orang keluarkan duit, diorang usaha! Kau datang, muka tak bersalah, kau main rembat je kan? Adik, kau tahu bila kau banyak sangat makan benda haram, ilmu kau, segala apa yang kau buat tak berkat. Aku bukan lah bagus mana, tapi nak makan hasil curi bukan lah satu pilihan bijak ye adik-adik. Doche tau!
            Aku sendiri tak faham kenapa ada yang sanggup mencuri makanan. Ye. Kau student! Aku pun. Aku paham sangat. Aku lagi teruk kot. Aku student yang boros! Boros tang makan lah. Aku memang makan ikut selera. Apa aku teringin aku sebat. Memang tu culture hidup aku. Family besar aku tu pun, asal ada occasion ke apa, makan penting. Kira hasil didikan dari rumah lah nih. Bhahahah! Bila aku dah agak sengket, beringat lah. Bukan bila duit kat dah tinggal syiling, kau pegi mencuri. Jangan. Nanti kau terbiasa. Jadi habit. Terus terang aku cakap lah, aku dah naik muak dah tengok orang yang suka mencuri nih. Bila dah kantoi, keluarlah segala alasan yang tak masuk akal. Malas pulak aku nak tulis pasal depa tu. Nanti ada je yang makin panjang aku repek kan. Tapi nak jugak aku pesan kat KAU yang berkaitan, dahlah dah mencuri, terbukti lagi. Bila orang tuntut hak diorang, kau bukan main lagi mengelak kan? Apa yang kau CURI, kau bagi ANAK kau makan. Jangan runsing lah bila besar anak kau perangai tak indah ye.
            Semalam, hari paling lapar aku. Gila do! Lapa do! Nak call delivery, memang takde service kot. Baik pizza-hut or McD. Punah harapan aku nak makan sedap-sedap. Aku memang pantang sikit. Lebih je kekosongan dalam perut aku nih, hangin aku agak membuak-buak jugak. Café boleh tutup? Apekah? Yelah, dulu tak patah kaki, aku memang tak pernah jejak kaki pergi café. Ni semua nih balasan lah ayue! Dulu nak pergi tengok wayang, beli abc, makan sedap, SENANG. Sekarang bila susah sikit, merunggut, tak bersyukur. Ape nak jadi kau nih ayue? Tak pelah. Dugaan. Memang selama nih, apa yang aku nak, insyaAllah aku dapat. Sekali sekala tak dapat, kenalah belajar terima kan. When life gives you lemon…..
            Berapa panjang dah aku mengarut nih? Adeh. Tapi, aku tetap tak gemar ngan orang yang panjang tangan kat hostel nih. Adik, bawak-bawak lah berubah ye. Sekarang belum kantoi, esok lusa, kau tak tahu kan? Kau tahu kenapa aku panggil depa adik? Sebab aku SUPER SENIOR do! Sem nih aku grad do! Omg! Mahu sambung Master kah? Kirija kah? Kahwin kah? Tunggguuuuuu! *pelepowww kau ayue!* Enjoy your weekend sayangss!

No comments: