Tahun baru. Bagi aku tahun baru tak perlu disambut. Sama. Tapi bila aku dengan orang yang aku sayang, aku rasa itu perlu disambut. Perlu dirai dengan sehabis mungkin.
Masa yang ada dimanfaatkan sehabis baik. Tak perlu bergaduh, bertengkar seperti dua minggu lepas. Ya, kami jarang berjumpa, serupa Perlis dengan Johor. But the times we make use for each other are the moments that we cherish the most.
Aku pernah pasang niat tak mahu bawa sesiapa pun jumpa orang tua aku melainkan aku betul-betul sedia. Aku tak mahu kenalkan pun kalau ikut rasa. Tapi mungkin disebabkan rezeki, mereka berjumpa. Walaupun sekejap, aku rasa aku tak menyesal. Alhamdulillah.
Aku cepat bosan dengan perkara yang sama diulang-ulang. Bosan itu cukup sinonim dengan aku. aku tak suka rutin yang sama tiap kali. Dan kali ini, aku rakam video. Dan itu buat aku ingat tarikh itu dan kejadian disebaliknya.
Terima kasih sabar dengan saya. Dengan angin baran saya. Dengan situasi saya. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment