Sunday, January 09, 2011

Apa yang aku tak belajar dalam sylibus sekolah rendah mahupun sekolah menengah


    Balik MIMET, aku beli satu cermin ganti cermin yang telah aku pecahkan hari tu dalam entri ni, *bangun awal*.  Ala, dah semester akhir, aku bei yang murah-murah je. Ceh, padahal budget kot! pft! So nak di jadikan cerita, aku tengah siap-siap nak pergi buat FYP aku dengan semangat waja, kental dan pape je lah yang positif, aku ter-pecahkan cermin tu. Please notice the word TER tu kay. Aku seriously tak sengaja. 
   
    Okay, orang-orang oldskul penah kata yang cermin pecah tu tanda nya ada alamat buruk nak jadi, kira macam petanda lah. Masa tu kebetulan nya aku nak pergi cari bot kat Kuala Kangsar. Hati aku okay je. Ala, hari tu pun da pernah pecahkan satu cermin kot. Rilek sudah! Bhahah! So the journey continue. Orang-orang Kuala Kangsar memang terbaik weh! Korang try pergi lah. Memang gila ramah and baik hati, Siyes. Tanya arah jalan, siap suruh follow and die betul-betul tunjuk kan tempat yang dicari tu. Memang baik budi. Terima kasih orang Kuala Kangsar. Rugi aku tak jumpe Os. Haip! 

    FYP, okay. Alhamdulillah lah ada banyak jugak bot kat situ. Ada yang kat umah orang pun kami redah. And the first boat tu, pergi rumah pakcik paling garang dalam kampung. Aku and wahid terjumpe sorang pakcik yang bawak kapcai BCE plat dia, aku gelar dia Pakcik BCE lah ye. Kalau kau judge ikut rupe, kau gerun and tak kan nak ikot punya lah masa dia offer nak tunjuk kan mana location. Tapi aku and wahid okay je. Eleh, kau pun dah pernah belajar kan mende paling basic skali, 'buku jangan dinilai dari kulit' *gila buruk kalau aku translate* Pakcik BCE memang baik. Siyes punya baik. Dia yang bawak kami pergi rumah pakcik paling garang dalam kampung. Kebetulan pakcik garang takde kat umah. Pakcik BCE teman kami masa kami amek ukuran bot tu, and bot tu ada bawah rumah okay! Mencabar gila nak menunduk-nunduk buat kerja kau tahu! haha. Aku tak berkira kotor and sakit pingang sebab tu kan pengalaman. Kalau kau nak kerja senang, amek course 'pembancuh kopi' ye dak. Tapi aku memang berterima kasih kat Pakcik BCE ni, dia banyak jugak tolong kami.

    Cerita kat Kuala Kangsar ni aku pendek kan lah kay, sebab kat sana yang jadi semua yang best je. The peeps are super nice! aku tak sure berapa banyak kali aku dah ulang cakap deme semua baik, cause dats the thruth. 

    Petang tu kami pun pulang dengan perasaan gumbira. Sampai Setiawan, aku pun ajak wahid singgah Econsave sebab aku nak pegi ATM. Jam pukul 4 lebih jugak lah. Aku pergi seat belakang, half-heartedly aku cari bagpack aku, sebab purse ada kat dalam tu. Angkat bantal, takde. Alihkan pembaris-pembaris gedabak, takde. Omaigod omaigod! mana weh??? Aku jerit 'wahid purse aku. beg takde. beg aku' Wahid cakap tertinggal. Aku masa ni dah memang gelabah ayam. sebab dalam purse tu kad-kad bank aku, IC aku, buku bank aku. Macam-macam lah. Seriously aku memang bersyukur ada kawan se-penyabar wahid. Dia willingly nak drive balik pergi Kuala Kangsar. Masa ni aku memang rasa sangat menyusahkan dia. Sebab dia dah all-day drive. Aku tak reti and tak de lesen okay. betul-betul grateful kat wahid. Thnax sayangkuh! 

    Masa nak pergi tu aku cuak gak, takut ada yang dah amek beg aku, sebab aku letak betul-betul depan tangga rumah pakcik garang tu. Dalam hati doa je tak da yang gatal tangan usik. Eh, kau tahu dari Lumut bape lame nak pi Kuala Kangsar tu? 1jam 30minit kau tahu! Wahid drive balik then pergi semula. Touching tau! Dia drive 6jam total! Aku betul-betul menyesal jadi careless. Sumpah aku taknak buat lagi. 

    Kami dah lah tak ingat direction pergi umah pakcik garang, ikot gerak hati je, Alhamdullillah jumpa! Aku nampak beg aku terletak baik punya! And yang tak sedap nya, aku nampak pakcik garang baru turun motor, kira dia baru sangat sampai rumah. Masa nak keluar kete tu, aku cakap dalam hati, 'mesti kena marah ni, tadi datang umah dia.' Bagi salam, senyum *penting kau tahu!*, senyum lagi sikit. Bukak cerita. Pakcik ni memang garang kau tahu! Muka dia. Dia ni dah berumur. Tetiba dia jadi ramah ngan kami. Gila. Aku sedar silap aku kat situ, kan aku tak kenal dia, then aku terus judge dia ikut kata orang kampug. Silap sangat kat situ. Aku conclude-kan yang odia tak garang, tegas mungkin. Orang tua, biasalah. Sekarang aku dah tahu pakcik garang ni nama dia, Pakcik Haji Adbul Mutalib. Dia sendiri tak sedar yang beg aku ada tertinggal and memang beg aku terletak sama macam mula-mula. Alhamdulillah. Takda satu pun yang hilang.

    Similar-nya Pakcik Abdul Mutalib and Pakcik BCE, mereka tetap pesan, belajar betul-betul, jangan main-main. Satu ni aku memang ingat, ';Nak berkawan boleh, tapi kawan aja'. Mungkin pada mata mereka, nampak kami macam cucu-cucu diorang, tu yang tak lepas meninggalkan kami pesanan macam tu.

Terima kasih Sayangkuh Wahid! Thanxs sangat. TQ kat Pakcik BCE and Pakcik Abul Mutalib. 

Cermin pecah tu tak de ape pun yang kau patut risau. 
Mungkin orang tua-tua dulu takut kau terpijak kaca dan luka, 
itu yang ada kepercayaan serupa itu. 
Aku percaya yang aku tertinggal beg tu sebab aku lalai 
dan mungkin Pakcik Abdul Mutalib nak jumpa kami 
sebab kami pergi rumah masa dia takda. 
Itu je. 
Dan Jangan sekali-kali kau terus judge orang. 
Even kau dengar dari ramai orang. 
kau kenal dulu, baru kau tahu. 
Bukan setakat FYP, aku dpt belajar macam-macam. 
Terima kasih.

No comments: