Friday, December 31, 2010

Rainy days


     Petang yang serupa dengan sebelumnya. Cuma ketika ini aku rasa kosong. Terlalu banyak memori yang menyesak kan minda. ‘Saya dah sampai’ pesanan ringkas yang aku dapat. Terasa lif turun dengan perlahan.
    ‘Hi, sorry lambat’ aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa. Senyum. Aku rasa itu senyum terburuk yang pernah aku beri pada dia. ‘It’s okay. Saya tak sempat nak change clothes, dari office lewat tadi takut jammed terus datang sini. Hope you don’t mind. You look pale.’ Aku cukup suka dia dengan kemeja ini. Kemeja yang aku pilih. ‘I am okay, terlebih tidur kot.’ Habis ayat tu, aku rasa itu lawak paling lame dalam dunia. Dari sisi terlihat lesung pipit nya. Aku lihat pemandangan di luar tingkap.
     Makan malam itu sepi tanpa banyak bicara. Tak mahu merosak suasana, mungkin. Dia kelihatan penat. Tak terlihat sedikit pun perubahan pada wajahnya. Masih sama macam dulu. Mata itu yang paling aku rindu nanti. ‘Come take a walk with me.’ Taman ni memang kesukaan dia. ‘Hows work?’ Tanya aku berbasi. Dia tinggal pesan untuk study aku, dan macam-macam lagi yang diceramahkan nya. aku biar dia berceloteh sendiri.
     Dalam kereta cuma ada sunyi. ‘I’m gonna missed your smell.’ Serius nadanya. Kereta nya di parkir, dia pegang kemas tangan aku, ‘Saya minta maaf. For everything that happen.’ Aku cuma tersenyum, dalam hati sesak. Sebelum airmata jatuh aku mahu cepat pergi. Tarik nafas. ‘Awak, you are the best memory in my life. Take care okay. We end it this way. I love you but we never were meant to be.’ Keluar dari kereta dan terus menuju lif.
Cerita itu tak mungkin ada penghujung yang berbeza. Selamat tahun baru memori.

No comments: