Tuesday, December 21, 2010

Aku & kekasih gelap ku

     
    Aku syak beliau memang mengada. Aku rasa taklah aku selalu sangat keluar dating dengan orang laen sampai aku mengabaikan beliau. Hari tu kalut jugak aku beliau dok merajuk tak mahu pandang muke aku nih. Gelabah kot aku! aku memang dah share macam-macam moment ngan dia ni. Beliau ter-amat penting dalam hidup aku. Certain things yang aku lupa, mesti dia dok ingat kan. Hari tu, aku nak share result exam aku ngan dia, dia boleh dok merajuk ngan aku. Rase ringan tangan nak sepuk, tapi sayang lah katekan. Aku senyap je lah.
     
     Lama-lama merajuk siapa boleh tahan kan. Manalah tau dia dok syok kat orang laen ke. Tergerak gak ati aku nak mintak clash, tak jadik. Aku tahan lagi. Haih. Memacam lah! Dalam bilik pun nak buat muka mintak kena sepak. Tak boleh jadik nih. Aku datang rapat dengan beliau. Tak jalan jugak. Ok. Tak kan aku nak guna taktik menangis pulak kan. Aku pun belai-belai lah sikit, tengok tade respon jugak. Hmmmm.. Okay. Dia merajuk mengada nih. ok ok. Aku pn baringkan dia kat riba aku. Baru nak senyum! 
   
     Sepuk ko kang! Ko punya mengada kalah tahap bopren! Aku p dating tak penah nak bawak duit 800MYR ok. Ah sudah, lepas ni jangan ko mengada nak merajuk-rajuk tak boleh nak on lah hape lah. Ok, aku janji selalu lap ko okay? Deal? Laptop serupa perangai tuan! Sape tuan ko nih? 



No comments: