Wednesday, November 10, 2010

Malam serupa sampah


Selamat malam. Sepatutnya menjadi manusia yang kembali dengan habit sediakala setelah kurang dua beban dari bahu mahupun otak, tapi entah kenapa aku makin serabut. Badan aku penat yang boleh dikategorikan setara otromen lepas fight degan villain, mata aku tetap terjegil. Niat untuk selak buku dan nota untuk subjek hari jumaat memang tak pernah terpasang sejak aku melangkah keluar dari venue C tadi.
Entri ini serupa semi-sampah yang tak bagi apa-apa manfaat pun bila dibaca. Ditulis dalam keadaan yang penat, malas dan kurang gedik ber-latarbelakang-kan suara Adam Levine serupa mengajak aku ber-rahsia dengan beliau. Hari yang kurang menjadi bagi aku. Aku sakit jari menulis semua jawapan yang aku simpan dua hari lepas. Aku rasa makin tak menjadi lepas tengok lelaki bergigi dan berkulit putih bercakap bahasa melayu dengan fasih. Lengkap kadar perasaan aku bila aku tengok budak lelaki yang comel bercakap sambil bercekak pinggang dan berpeluk tubuh dengan ibunya yang tengah marah.
Keadaan aku yang tak stabil cukup mengambarkan emosi aku yang bukan ditahap biasa, aku baru sedar  semua ini ketika rakan sebilik bukan sebantal yang telah mengambil gambar kandid keadaan aku yang serupa perempuan hilang anak mati suami. Aku raba dahi, tak panas. Mungkin aku baru lepas mandi. Oh, itu menerangkan keadaan aku yang agak sakai bertuala dikepala.
Perenggan ke-empat entri ini makin me-ngarut nampak gayanya. Aku berhenti dululah. Tiba-tiba terfikir, mungkin ini gejala peningkatan umur. Mid-life crisis gamaknya. Hish. Aku da bukak solitaire. Dia dan lagu untuk Aberdeen versi lelaki kesayangan peneman aku tidur setiap malam. Aku tiba-tiba teringat kerja final year project aku yang tak habis lagi. Aku perlu hitamkan screen ini secepat yang mungkin sebelum aku teringat semua kerja yang lain nya. semoga aku lebih ceria esok.
Demit dah kenapa aku tulis macam nih? Oo… aku sangat² terlupa nak menulis tentang perempuan yang perlukan perhatian like soooooo desperate sampai boleh create story line macam novel. Aku rase nak senduk perut dia kalu aku ada jodoh nak berjumpa personally dengan dia. Kamon la, jangan la buat kawan aku macam barang mainan. Semoga esok emosi aku baek untuk menulis tentang perempuan bajet suci, kudus dan tele-novela. Seperti kata wahid “F for you lah!”. I went omaigod after she said those words. What a  bad influence I am. As I always said, I am no good to be kept. Eh, tak de kene mengena, sudah. Bye.

No comments: