Monday, October 18, 2010

Note to future husband



     Kalau saya jadi bakal isteri awak, saya nak sayang awak kurang sikit dari saya sayang mama n ayah saya. Saya cuma nak masa yang saya ada sebelum saya sah jadi milik awak, sepenuh kasih sayang saya pada dua orang yang paling berjasa dalam hidup ini. Dan itu tak bermaksud awak tak payah nak ambil hati mama & ayah saya. Sebab, kalau diorang suruh saya nikah dengan orang lain, awak jugak yang mengelabah nanti. Saya mahu mama & ayah saya terima awak seadanya macam saya terima awak dalam hidup saya.

      Saya pun nak rapat dengan family awak. Mereka mungkin jadi sebahagian dari saya jugak satu hari nanti (kalau awak tak selalu sakitkan hati saya). Awak pun tahu, saya tak ada kakak dan adik perempuan, jadi nya, awak jangan la expect saya pandai ambil hati diorang. Tapi 1 yang saya boleh janji dengan awak, saya cuba buat diorang suka dengan saya dengan jadi sendiri. Saya tak kan pura² control ayu, even memang nama saya ayue.  Saya akan sayang mak (uni, mummy or pe pun awak panggil orang yg lahirkan awak) dan ayah (abah, bapak or daddy awak) macam saya sayangkan mama dan ayah saya sebab saya nak diorang terima saya sebagai anak diorang bila saya kawen dengan awak.

      Saya teramatlah suka buat perangai buruk saya bila ada orang, nak saya jadi girlfriend diorang. Sebab saya nak awak terima apa jugak yang buruk pada saya. Oohh. Part yang banyak cakap and mood swing tu, memang default setting diri saya. Bak kate omputih, take it or leave it. Tapi saya, terima baek buruk awak kalau hati saya memang dah ada nama awak. Mungkin awak ni pemarah, kuat cemburu, perokok dan pape je yang buruk, saya tetap terima awak. Cume kalau awak pukul saya, saya tak boleh terima awak dalam hidup saya. Ayah once said to me, “If there are times his hand force landed on your body and face, he won’t be able to cure that. He will beat you more often”.  Kalau awak memang da pasang hajat nak pukul saya, awak boleh anggap diri awak tak tersenarai dan awak boleh berhenti baca note nih.

      Kalau pun saya tak bagitahu yang saya memang sayangkan awak, awak boleh tahu dengan meng-observe saya. Saya akan jadi sangat² tolerate dengan awak, lebih flexible dengan masa awak. Mungkin awak tak sedar yang saya ni memang suka awak belek² saya, buang masa awak denga cerita melalut saya. Kalau saya sayang awak, saya akan cube tak nangis depan awak. Sebab saya tak nak awak susah hati. Paling kuat pun, saya mengamuk² 2 hari je (buruk kan perangai saya?). saya tak kisah kalau awak sibuk dengan kerja, sebab saya tahu awak nak kumpul duit nak kawen kan? (haih! Perasan!).

      Semua lelaki suka perempuan manja. Betul tak? Awak pun kan. Manja? Mama & ayah selalu jugak kate saya manja, saya harap itu cukup untuk awak. Kalau awak nak suruh saya tergedik² dengan awak, saya tak pandai, sebab saya meluat tengok perempuan gedik. Sorry awak.

      Saya tak marah awak nak tengok perempuan seksi kalau kita pergi dating. Mata awak, ikutlah apa yang awak nak pandang. Tak kan lah saya nak cungkil mata awak simpan dalam balang, biar awak tengok saya je. Bukan maksud saya tak marah tu, saya tak concern, tak sayang awak. Saya tahu saya tak secantik dan seseksi orang yang awak papndang tu. Tapi saya tahu, kalau memang betul awak sayang saya, awak tak mungkin akan pandang diorang tu lebih dari 5 saat. Saya pun tahu, awak tak kan pilih diorang sebab kalau awak bawak balek jumpe parents awak, parents awak piat telinga awak.

     Saya boleh jadi kawan awak untuk cerita semua masalah awak. Masalah kerja, kawan-kawan yang lain, even masalah family awak. Saya Cuma nak awak happy je. Saya tak suka awak sedih². Tapi, saya tak mahu jadi sahabat baik awak. Sebab saya risau, andainya saya ditakdirkan Allah dijemput lebih awal, awak lemah. Saya tak nak awak rasa kehilangan sangat. Cukup lah awak hilang seorang isteri dan teman. sekurang²nya, saya tahu, awak masih ada sahabait baik awak untuk dengar semua yang awak nak luahkan.
Saya pun bukanlah sempurna mana. Saya memang kasar, sebab saya bukan jenis yang perempuan yang plastic. Awak jangan risau (ke awak da mula risau?). apa yang awak kenal saya, itulah saya sepanjang hidup kita nanti. Saya tak mungkin panggil awak dengan bahasa yang kasar (nanti mama cili mulut saya, lagipun derhaka saya kalau buat cam tu).

      Saya tahu saya tak mungkin dapat challenge masakan mak (or ape pn gelaran yang awak guna) awak, tapi saya akan pastikan awak tak kan kebulur bila kita duduk sesame nanti. Jangan lah mintak masakan hotel 5 stars, saya pandai masak yang simple² je tapi mampu boroikan perut awak tu. And awak jangan la risau sangat, awak boroi pun saya sayang.

     Saya cuma harap, suatu hari nanti, saya akan jadi isteri yang awak , ibu pada anak-anak kita. Oo lupe, saya nak suruh anak-anak kita panggil saya ibu nanti. Old school kan? Tapi saya suka. Kalaupun awak da pasang hajat nak bagi saya anak sampai 10 or 15 orang, saya harap awak lupekan lak hajat dan niat mulia awak tu. Saya tak larat nak jaga ramai sangat (tengok, kan saya tak hipokrit tu). Saya nak jaga awak selagi saya mampu.

*aku nak simpan note nih and print out bile aku da JUMPE lelaki yang aku nak bawak balek jumpe mama & ayah aku. ;p oklah, jari aku pn da penak nak menaip. Kepala berdenyut². Ceh. Sekarang kerap sangat la sakit kepalanya. ): Thanx for reading. Aku jarang nak merapu na menjiwang gini. Tapi ntah, tetibe ade mood n willing nak tulis. Hohohoho. Jiwang? Wth, it’s my blog, I can write and share everything that I want. (: ‘sharing is caring yaawwww~!!!’


4 comments:

IrwaN MJ said...

Saya Cuma nak awak happy je...huhu!!

Ayue Yusoff said...

ahahahhahah~! (:

Unknown said...

insya-allah akan jumpa nnt.. :) doa selalu ya... :)

Ayue Yusoff said...

thnx. insya allah.