Sunday, June 09, 2013

Kerepot

 Last night, we watched 'Up' together. Same story, same time, but he's in Vietnam, me at my house. Turned out he loved the story (who doesn't right). 











So I said, 'Let grow kerepot together, Love'.

Monday, May 27, 2013

Monday Blues



Wednesday, May 08, 2013

Random

A : Sayang tak?
B : Iye? Banyak mana?
A : Banyak. Macam iklan TV3.
B : Comel. 
A : Iyelah takde cenel lain boleh celen tau!

Friday, April 05, 2013

Hey Heroes, Happy Birthday


Assalamualaikum.

Whole new year, whole new life. Dah bulan empat baru nak update blog. Actualy sempena birthday hero-hero dunia saya. Ayah & Along. Tak pernah missed wish birthday diorang. May Allah shower them with HIS blessing, granted them their wishes and a peaceful hereafter. Love you guys a lot, nothing that you can imagine. 

There goes the wishes. Let's keep it simple since I am caught up with workloads and stuff. Never too late to express your feelings to your loved ones :)

Have a Happy & Blessed Birthday.

Friday, December 21, 2012

Hari Ini Hari Jumaat



Haghi Ceghah

 Assalammualaikum.

Stop blaming those uncivilized Mayan's rather than blaming yourselves for spreading prediction about doom's day (baca: hari ini). Bila hari ini matahari keluar cerah, mula masing-masing kata 'bodoh' itu ini, sedangkan seminggu lalu, awak awak awak jugak yang sibuk post artikel dan link about that particular issue. Awak awak awak tu beragama Islam, jangan agungkan internet lebih dari pegangan diri. Ce bebawak bersyukur skek.

The world is still here for us to live. Masih wujud untuk diambil iktibar. Udahlah instag penuh dengan muka mat mat salleh menunggu apocalypse mereka yang tak kunjung tiba (-.-'). Kiamat itu janji, kiamat itu pasti. Semua pun tahu. Mat mat salleh tu pun tahu, cuma ego untuk mengaku.

Sekian, Terima Kaseeeeyyyyyyy.

Friday, December 14, 2012

Tarikh Cantik Katanya

Assalamualaikum.

Semua orang sibuk tarikh harini ikut kalendar Hijrah. Indeed. Atleast ada jugak yang bother dari 12th December 12 kan? Apa-apa pun, tarikh berapa-berapa pun, kau tetap manusia, tak pulak kau berubah jadi manusia kaki satu yang ada sayap kan yang ada gelung lip-lap atas kepala kan? Embrace your life. Be a good Muslim. Taklah kita sama mengelabah macam mat salleh nun yang ghisau dengan apocalypse deme. Jangan terlalu terbawak-bawak sangat. Kita sendiri ada guide kita tanda-tanda kiamat kan, be wiser untuk judge. 

Fenomena tarikh cantik harini pengubat luka ramai orang. Pengubat bila terkenangkan Gajah Putih berGangnam Style tengah padang semalam. Kira macam diversion lah. kan tu sesuatu yang lebih positif. Taklah penuh TL dengan carut marut yang kurang guna akal. Memang padang dia bukan dalam keadaan yang baik, memang reff dia sedikit setan, tapi player pun cepat moral down. Macamana pun, it's not ours to win this year. Paghah. Ghedo.

Oleh itu bersempena hari Jumaat yang mulia ni, kakak harap korang buat lah apa yang patut. Buat lah apa-apa yang baik. Dan disebab kan semangat kakak yang berkoobar-kobar hari ni, kakak bagi korang dengar satu lagu. Have a productive day ahead people. 

Jaga diri, Jaga sikap, Jaga otak.  

Thursday, December 13, 2012

#4

 Tahukah kamu bahawa bila susur masa  di-spam oleh kawan-kawan kamu yang taksub serta ghairah menjawab soalan ask.fm, kamu akan rasa mahu meletup.

Tambahan pula kalau mereka mula menjawab dalam lingkungan masa yang agak sama, ini sangat menyiksa jiwa. Semoga Tuhan melindungi hati-hati mereka yang masih belum terbuka.


Sekian, 

Ikhlas & Jujur daripada;
Saya yang menyampah. 



Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

#3

Mungkin kau semua dah tahu yang puasa dan raya kita dah tak serupa dengan yang dulu-dulu. Atuk yang umum kan puasa dan raya tu telah pun meninggal, Al-fatihah. Dari aku pandai puasa, sampai sekarang yang tak pernah cukup ni, dia lah yang selalu membawa berita-berita gembira tu semua. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Aku masa kecik-kecik, semi besar, aku selalu tanya; "Kenapa kerusi dia tak berganti?", "Kenapa atuk ni je, takada orang lain?" Sekarang aku rasa bersalah pulak sebab pernah bertanya. He is a part of my childhood memories.
 
Semoga atuk tenang disana. 



Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

#2

Aku betul-betul teringin mahu tahu sebab apa wujudnya 'Wrestling' macam WWF tu. Sampah tahu. Sampah. Aku tak pernah terasa benda tu hiburan pun. Tang mana nak berhiburnya?

Siapa yang invent? TV3 memang suka lah main cerita sampah macam tu. Sebelum taraf hiburan gets a new low, tolonglah stop mainkan slot hiburan sampah ye. Stop polluting those young minds. Sekian.

Itu sahaja rage aku terhadap perkara diatas. 



Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

#1

Bila kau berada dalam situasi yang buat kau berfikir, hidup ni sememangnya singkat, kau mula terbayang semua salah yang kau pernah buat, all the wrong choices, all the wrong turns, sebab kau belum puas, belum habis embraced hidup kau yang telah kau sia-siakan tu.

Sekarang mungkin kau boleh gelak bila baca. Bila kau berada di hospital, menunggu jawapan samada Tuhan masih kasihan kau, masih bagi kau peluang jumpa orang yang kau sayang ke tidak lepas ni, mungkin semua ini boleh beri makna pada kau.

Aku tak pernah doa aku akan berada dalam keadaan tu. Come to think of it, aku seriau, aku tulis dekat sini supaya bila-bila masa aku lupa, aku harap ini boleh ingatkan aku. 



Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Tuesday, December 11, 2012

Soft Self-Reminder

Assalamualaikum.

Semua orang tahu yang hidup kita, udara, nafas kita ni semua pinjaman, even diri kita sendiri Allah beri pinjam. Tak ada satu pun yang mutlak nya kita punya. Rumah, nasi, pakwe, tivi, kereta, semua tu benda yang hari ini ada esok mungkin hilang. So, don't ever take things for granted. Selalu ada, selalu nampak tak bermaksud akan selamanya ada, selamanya nampak. Kan?

Sebelum sendiri menyesal kemudian hari, lebih baik kita ada sifat lebih menghargai. Hargai Ibu Ayah, hargai hidup, hargai kasih sayang, hargai masalah yang kita ada. Sebab esok tak ada siapa janji kita masih ada apa yang kita punya hari ini kan? 

Monday, December 10, 2012

Hajat yang tak sampai

Assalamualaikum.

Aku dengan kucing memang banyak sejarah hitam aku rasa. Aku bukan penggemar kucing. Itu bermaksud, aku tak suka nak dekat, tak gemar nak pegang. Yang peliknya, sampai sekarang aku masih boleh survive bila balik rumah mama, sebab ayah dan adik beradik aku yang lain semua bela kucing. Berpuluh tahun ni, aku tak pernah mandikan kucing apatah lagi nak belai-belai sesuka hati. Bukan tak pernah cuba, aku memang tak boleh. Aku pernah dimalukan oleh kucing bila aku tergolek dekat kedai makan disebabkan kucing. Hmmmmmm. *geleng-geleng kepala*

Tak suka, tak gemar, tak bermaksud 'takkan' suka sampai mati kan? Nak dijadikan ceria, masa aku tengah nak masak, aku ada terdengar bunyi anak kucing dekat dapur. Aku panggil backup tolong pergi jengah. Adik aku bawak keluar dua ekor ank kucing, putih, tak kecik sangat, ekor panjang, mata biru. Aku rasa macam jumpa jatuh cinta pandang pertama. Eceh, overrr! Tapi serius, aku tak pernah rasa suka macam tu. Tidak dinafikan mungkin sebab diorang kecik dan COMEL yang buat aku rasa macam tu. 

Adik aku letak diorang dekat luar rumah sementara aku siap masak, dalam kotak yang selesa mama siapkan. Lepas siap masak, aku dengan riangnya pergi menjenguk diorang dengan hajat nak belajar pegang kucing. Tapi. . . . . mereka dah hilang :( Kenapa kau kejam anak kucing. Aku siap dah ada nama untuk diorang tau. Kiki & Koko. Baru ada rasa nak bela kucing tau. Kiki & Koko, kakak selalu tau nengok 'Dog Whisperer', korang mesti behave kalau kakak besarkan. Kiki & Koko tetap kucing cinta pandang pertama kakak. Tapi tak panjang jodoh. Sobs.

Kakak ghedo seghta pasghah.

Monday, November 12, 2012

Hari Terbaik

  Ini harinya
Hari kedewasaanku
Di setiap paginya
Masih aku diberi pinjaman
Tanpa lupa ucapan 
'Alhamdulillah untuk semuanya'

Aku sedar kini
Di pagi ini
Dahi yang menghadap kekasih, bermunajat pada-Nya
Jauh lebih bermakna
Dari tiupan lilin diiringi hajat tanpa arah

Aku sedar kini
Dipagi ini
Doa-doa ikhlas pemberian sahabat
Jauh lebih berharga
Dari hadiah-hadiah mahal yang melekakan

Alhamdulillah
Atas apa yang aku milikki
Atas semua yang telah pergi
Syukur, semuanya mematangkan aku.


Semoga ini hari terbaik buat aku dan semua, InsyaAllah :)

Tuesday, October 09, 2012

Satu rasa normal: Rindu



Orang selalu kata, 
"kalau tak semai cinta dalam diri, hati boleh mati"
Penangan rindu ni, 
orang waras pun boleh jadi serupa sasau.
Aku suka lagu ni.
Selalu dengar.
Aku dengar bila.....


Rasa rindu.

 

Sunday, August 26, 2012

Malaikat tanpa sayap

Sekadar manusia picisan, berperasaan
Namun setiap pilihan kecil
Mampu ubah hati
Mampu ubah dunia
.
Datang umpama cahaya, malaikat
Cuma tanpa bersayap
Hulur tangan
Hulur bahagia

Tetaplah disini, dihati
Santai dalam hidupku
Hanya perlu aku dan kamu
Malaikat tanpa sayapku.

Monday, August 06, 2012

Malaysian Boy, Our Hero

 Assalamualaikum. 
Rasanya semua orang, atau hampir semua orang tengok match Dato' Lee Chong Wei semalam. Kalau tak tengok pun, I bet kamu ada dengar how the match was. Bukan nak bash, tapi KOSMO tak sepatutnya letak tittle front page macam tu. For real. Tunjuklah sikit semangat kesukanan tu. Please, we still got Silver for that match. For Olimpic. And it wasn't as easy as it seems. 

Ye, kalau dia menang kita dapat BR free but we still get Nasi Kandar free lahh. And that wasn't the main point pun. During that match, semua Malaysians, regardless of skin colors, semua-semua shared the same feelings, the same sport spirit, sama-sama berdebar and pray for the same reason. Maybe itu sepatutnya jadi lebih kerap. The luck was not ours semalam, but he fights. Roar. Tak memasal along aku nyanyi lagi 'Selamanya' semalam during that match (-.-"). We are proud of you, win or loss. We still are proud. #TerimaKasih Dato'LeeChongWei :D
"Skill wins you medal, but attitude win hearts" 

Monday, July 30, 2012

Yang Aku Suka


Aku Seekor kunang-kunang
Dalam gelap aku terbang
Dalam gelap aku terang
Dan jadikanlah engkau senja
Kerana gelap aku ada
Kerana gelap aku indah
Aku hanyalah seekor kunang-kunang
Dan kau hanyalah senja
Dalam gelap kita berbagi
Dalam gelap kita abadi

Rasa


Rasa sempit, rasa mahu menyerah.
Rasa cinta.
Cinta yang gentayangan.
Mungkin.
Mungkin sudah sampai waktunya.
Waktu untuk aku menyerah.
Lalu aku sujud.
Menemui kekasih abadi.
Aku rasa penuh, rasa bahagia.

Cukup.

Sunday, July 22, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Sambut puasa dengan buah-buah hati di syurga dunia ciptaan ayah bonda. Ya Allah, rindu pada bidadari-bidadari dunia ini kadang-kadang sampai menitis airmata. Itu namanya kasih sayang yang tak berbelah bahagi, mungkin. Semoga rasa kasih itu dipelihara. Tetap seronok walaupun berserdahana dalam setiap satu kecuali kebahagiaan. Mungkin bercampur dengan rindu Ramadhan. Alhamdulillah untuk semuanya, nikmat serta dugaan dari yang Esa.

Selamat Berbuka.